Sanggupkah anda membiarkan saudara se-Islam kita, kelaparan di pagi raya?


Di saat keluarga kita gembira menyambut raya, ada yang tak mampu mengukir senyuman.

Mahukah anda menjadi asbab kegembiraan mereka di hari lebaran?

Anda mungkin insan yang sedang mencari redha Allah di bulan Ramadhan ini dengan niat beramal sebanyak-banyaknya.


Oleh itu, kami degan rendah dirinya, nak mengajak anda bersama-sama menyumbang
Pek Juadah Syawal

As Seen On :

Cuba kita renung sejenak..

..jangan kata baju raya baru, untuk sediakan juadah di pagi raya pun terasa amat sukar bagi mereka.

 

Marilah kita berkongsi kebahagiaan dari sebahagian rezeki yang Allah beri dengan menginfaqkan Pek Juadah Syawal untuk 1 keluarga fakir miskin.

Semoga infaq juadah Syawal anda di bulan Ramadhan ini mendapat 700 kali ganda pahala dari Allah swt. InShaa Allah.

Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) memperkenalkan...

Walaupun juadah Syawal ini untuk digunakan pada pagi Syawal, namun pahala sedekah anda mengambil fadhilat di bulan Ramadan.

Kenapa Juadah Syawal 1001 Asnaf?

Kami faham, di bulan Ramadhan ramai yang mencari & menderma untuk menaja fakir miskin berbuka puasa. Kami juga ada buat.

 

Namun, sepanjang kami memberikan sumbangan, kami dapati, pemberian Juadah Syawal 1001 Asnaf yang kami lakukan tahun lepas juga bukan sahaja sangat jarang dianjurkan, malah sangat memberikan bekas yang mendalam di hati kami.

 

Kami dapati rupanya masih ramai anak-anak kecil dari keluarga fakir miskin tidak kenal dan tidak pernah merasa erti bahagia di pagi Syawal.

 

Oleh itu, kami nekad untuk terus membantu seisi keluarga dengan 1 Kotak Juadah Syawal 1001 Asnaf, dimana dalamnya sarat dengan bahan penyediaan makanan seperti ketupat, pes kuah kacang, rendang & bahan masakan lain yang tahan lama.

 

Objektifnya mudah, kita nak mereka juga berpeluang merasa juadah raya yang biasa dihidangkan di pagi raya, seperti orang lain yang mampu.

1 Kotak Juadah Syawal 1001 Asnaf berharga RM200.

Anggaran untuk 6 orang makan – cukup untuk 2 kali makan :

Makan Pagi & Makan Tengahari

Antara item di dalam kotak:

Siapa Kami & Kenapa Anda Tak Perlu Risau Tentang Ketelusan Kami

Kami ialah Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM), yang telah diasaskan semenjak 2018 dengan objektif yang sama dengan pertubuhan amal lain namun berbeza dari segi pendekatan iaitu menyantuni golongan daif serta keluarga asnaf yang ‘tercicir’ tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan, menerusi beberapa program yang dirancang seperti :

Majalah Suara Asnaf

Majalah terbitan bulanan YBIM dan sebagai platform untuk anda menyalurkan sumbangan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

Program MYHAUS

Membaikpulih kediaman tempat tinggal golongan yang tidak berkemampuan dengan bantuan Program MYHAUS.

Program Qurban atau Akikah

Sumbangan untuk perlaksanaan Program Qurban atau Aqiqah dalam negara dan luar negara.

Infaq Tamar Ramadhan

Menyampaikan sumbangan kurma Ajwa kepada keluarga & golongan asnaf untuk menghadapi Ramadhan

As Seen On :

Alhamdulillah dengan izin Allah, kami telah menjayakan program yang sama seperti ini pada tahun 2020, dengan keadaan yang sangat mencabar kesan dari serangan pandemik.

Program Juadah Syawal tersebut berjaya & maklum balas yang kami dapat sangat memberikan kami motivasi untuk meneruskan lagi membantu setiap tahun, tapi kali ini kami nak target kutipan yang lebih tinggi agar lebih ramai keluarga dapat dibantu. Kutipan tahun lepas, alhamdulillah kami dapat membantu lebih dari 1000 keluarga asnaf yang memerlukan.

Namun,

Syawal 2021 ini..

kami memohon jasa baik anda untuk turut membantu kami mencapai sasaran yang lebih tinggi iaitu membantu...

Minimum 3000 Keluarga Fakir Miskin di Malaysia.

Hanya doa & harapan agar infaq yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi asbab untuk kita masuk pintu syurga bernama Babul Sadaqah iaitu pintu orang yang banyak bersedekah. InShaaAllah.

Sasaran 3000 Keluarga. Boleh anda turut membantu?

Tarikh Akhir Juadah Syawal
13 May 2021 (11:59pm)

Hari
Jam
Minit
Saat

Ayuh, Kita Menyumbang Sekarang!

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyertai Program Infaq Juadah Syawal 2021

Pilih Kuantiti Sedekah Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih cara pembayaran

1 Kotak

(Bahagiakan 1 keluarga sahaja)

RM200

3 Kotak

(Bahagiakan hingga 3 keluarga)

RM600

5 Kotak

(Bahagiakan hingga 5 keluarga)

RM1000

©Juadah Syawal 1001 Asnaf 2021 | oleh Yayasan Budi Ihsan Malaysia