Mahukah anda mendapat ganjaran sedekah dengan berbakti kepada keluarga fakir miskin yang sangat memerlukan di negara kita sendiri,

dengan menyantuni mereka di pagi raya 1 Syawal?


Di saat keluarga kita gembira menyambut raya, ada yang tak mampu mengukir senyuman.

Mahukah anda menjadi asbab kegembiraan mereka di hari lebaran?

Anda mungkin insan yang sedang mencari redha Allah di bulan Ramadhan ini dengan niat beramal sebanyak-banyaknya.


Oleh itu, kami secara rendah dirinya, nak mengajak anda bersama-sama untuk...

menyumbang minima 1 Kotak Juadah Syawal 2021 sekarang.

As Seen On :

Cuba kita renung sejenak..

..jangan kata baju raya baru, untuk sediakan juadah di pagi raya pun terasa amat sukar bagi mereka.

 

Marilah kita berkongsi kebahagiaan dari sebahagian rezeki yang Allah beri dengan menginfaqkan Kotak-Kotak Juadah Syawal bagi seisi keluarga.

Semoga infaq yang anda buat sekarang ini di bulan Ramadhan dapat meggandakan pahala & menggapai redha Allah.

Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) memperkenalkan...

Walaupun sumbangan ini akan diberikan kepada mereka di bulan Syawal, namun semoga berkat Sadaqah kita di bulan Ramadan ini akan dilipat gandakan pahalanya.

Kenapa Juadah Syawal 1001 Asnaf?

Kami faham, di bulan Ramadhan ramai yang mencari & menderma untuk menaja fakir miskin berbuka puasa. Kami juga ada buat.

 

Namun, sepanjang kami memberikan sumbangan, kami dapati, pemberian Juadah Syawal 1001 Asnaf yang kami lakukan tahun lepas juga bukan sahaja sangat jarang dianjurkan, malah sangat memberikan bekas yang mendalam di hati kami.

 

Kami dapati rupanya masih ramai anak-anak kecil dari keluarga fakir miskin tidak kenal dan tidak pernah merasa erti bahagia di pagi Syawal.

 

Oleh itu, kami nekad untuk terus membantu seisi keluarga dengan 1 Kotak Juadah Syawal 1001 Asnaf, dimana dalamnya sarat dengan bahan penyediaan makanan seperti ketupat, pes kuah kacang, rendang & bahan masakan lain yang tahan lama.

 

Objektifnya mudah, kita nak mereka juga berpeluang merasa juadah raya yang biasa dihidangkan di pagi raya, seperti orang lain yang mampu.

1 Kotak Juadah Syawal 1001 Asnaf berharga RM200.

Anggaran untuk 6 orang makan – cukup untuk 2 kali makan.

 

Antara item di dalam kotak:

Siapa Kami & Kenapa Anda Tak Perlu Risau Tentang Ketelusan Kami

Kami ialah Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM), yang telah diasaskan semenjak 2018 dengan objektif yang sama dengan pertubuhan amal lain namun berbeza dari segi pendekatan iaitu menyantuni golongan daif serta keluarga asnaf yang ‘tercicir’ tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit, menerusi beberapa program seperti :

Program Suara Asnaf

Bantuan kepada golongan asnaf dalam pelbagai aspek khususnya kepada golongan asnaf yang tercicir dan terpinggir.

Program MYHAUS

Membaikpulih kediaman tempat tinggal golongan yang tidak berkemampuan dengan bantuan Program MYHAUS.

Program Qurban atau Akikah

Sumbangan untuk perlaksanaan Program Qurban atau Aqiqah dalam negara dan luar negara.

Juadah Syawal

Membantu golongan asnaf dengan memberi bantuan berupa barangan keperluan untuk persiapan juadah ketika Syawal.

As Seen On :

Alhamdulillah dengan izin Allah, kami telah menjayakan program yang sama ini pada tahun 2020, dengan keadaan yang sangat mencabar dek serangan pandemik.

Program Juadah Syawal tersebut berjaya & maklum balas yang kami dapat sangat memberikan kami motivasi untuk meneruskan lagi membantu setiap tahun, tapi kali ini kami nak target kutipan yang lebih tinggi agar lebih ramai keluarga dapat dibantu.

Kutipan tahun lepas, alhamdulillah kita dapat membantu dalam 1000+ keluarga asnaf yang memerlukan.

Namun, pada Syawal 2021 ini..

kami memohon jasa baik anda untuk turut membantu kami mencapai sasaran yang lebih tinggi iaitu membantu...

Minimum 5000 Keluarga Fakir Miskin di Malaysia.

Hanya doa & harapan agar infaq yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi asbab untuk kita masuk pintu syurga bernama Babul Sadaqah iaitu pintu orang yang banyak bersedekah. InshaAlalh.

Sasaran 5000 Keluarga

Tarikh Akhir Juadah Syawal
10 May 2021 (11:59pm)

Hari
Jam
Minit
Saat

Ayuh, Kita Menyumbang Sekarang!

Hanya 3 Langkah Mudah 

Untuk Menyertai Program Infaq Juadah Syawal 2021
Pilih Pakej Sadaqah Di Bawah

Isikan Maklumat Anda

Pilih cara pembayaran

1 Kotak

(Bahagiakan 1 keluarga sahaja)

RM200

3 Kotak

(Bahagiakan hingga 3 keluarga)

RM600

5 Kotak

(Bahagiakan hingga 5 keluarga)

RM1000

©Juadah Syawal 1001 Asnaf 2021 | oleh Yayasan Budi Ihsan Malaysia